widgeo.net


widgeo.net
copyright @ admin
 

=> Not registered yet?

Salam 1Malaysia.Papan kenyataan ini disediakan untuk guru-guru sahaja.Diminta guru-guru yang post makluman mengikut kategori yang disediakan.Terima kasih

PAPAN KENYATAAN - Panitia Sains

You are here:
PAPAN KENYATAAN => KURIKULUM => Panitia Sains

<-Back

 1  2 Continue -> 

mariam
(8 posts so far)
01/10/2010 1:47pm (UTC)[quote]
Info Sains

Gerhana Matahari Separa - 15 Januari 2010
[Thursday, January 07, 2010 | 0 comments ]

Rakyat Malaysia sekali lagi berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa atau dikenali sebagai "gerhana matahari anulus" pada 15 Jan ini antara pukul 3 petang hingga 5.45 petang berikutan "sentuhan pertama" bulan ke cakera matahari.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) berkata orang ramai dapat menyaksikan matahari terlindung oleh bulan sehingga mencapai kegelapan maksimum kira-kira 40 peratus di bahagian utara Semenanjung pada waktu petang.

"Langkawi merupakan lokasi strategik dengan litupan maksimum di Malaysia iaitu sebanyak 40 peratus dan bahagian pantainya yang menghala ke arah barat begitu sesuai dengan sentuhan terakhir iaitu sewaktu matahari terbenam," kata agensi itu dalam kenyataan di sini Khamis.

Kenyataan itu berkata peratus matahari dilindungi oleh bulan semakin mengurang ke bahagian tengah Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Gerhana matahari anulus akan kelihatan dengan lintasan selebar 300km merentasi Afrika Tengah, Lautan Hindi dan Asia Timur, apabila bulan merentas di hadapan matahari, namun tidak menutupi mataharinya kerana saiz bulan yang lebih kecil, dan matahari akan kelihatan seperti cincin yang terang atau anulus di sekeliling luar cakera bulan, katanya.

Angkasa berkata gerhana ini pernah berlaku pada 26 Jan 2009 dan sempena gerhana kali ini, agensi itu akan menganjurkan program pencerapan gerhana matahari mulai 2.30 petang hingga 6 petang di Planetarium Negara Kuala Lumpur bagi tujuan mendedahkan dan menanamkan minat masyarakat terhadap astronomi.

Antara aktiviti yang akan diadakan ialah tayangan 'Dawn of the Space Age' dan 'SOS Planet' di Teater Angkasa, takilmat gerhana matahari dan kuiz di perkarangan planetarium serta melawat galeri pameran.

Pada program pencerapan gerhana itu, kaca mata gerhana eksklusif serta 'Eclipse Mints' akan diberi kepada pengunjung paling awal, dan Angkasa juga akan menyediakan teleskop untuk mereka melihat gerhana itu.

Orang ramai yang tidak berkesempatan ke Planetarium Negara boleh melayari www.angkasa.com.my untuk menyaksikan siaran langsung Gerhana Matahari Separa mulai pukul 3 petang hingga 5.40 petang pada hari berkenaan.

Sementara itu, Pusat Sains Negara dalam kenyataan di sini Khamis berkata pusat itu akan ditutup kepada orang ramai dari 18 Jan hingga 31 Mac untuk kerja pengubahsuaian. Ia akan dibuka semula pada 1 April.

(Sumber: Bernama - 7/1/2010 - 17:19pm)
zuki
(6 posts so far)
01/11/2010 4:36am (UTC)[quote]
oooo...cam tu ya asal usulnya....itulah kejadian Maha Kuasa Allah swt...Allah Hu Akbar Maha Suci MU ya Allah..
mariam
(8 posts so far)
01/11/2010 9:03am (UTC)[quote]
Salam.Maha Suci Allah,Allah huakbar.Bolehlah kita solat sunat gerhana matahari pada petang 15 Januari ni.Buat yang mengikuti secara langsung fenomena gerhana matahari bolehlah layari www.angkasa.com.my.Nanti bolehlah kita kongsi info terkini ini untuk manfaat semua
warga SKTK.
zuki
(6 posts so far)
01/17/2010 5:47am (UTC)[quote]
Terima kasih Cg Mariam( akak yam).sekiranya ada information apa2 lagi tntng hal dunia sains beritahu kami ya..kami ingin melayari segala apa berlaku di bumi ini....
mariam
(8 posts so far)
01/19/2010 1:54pm (UTC)[quote]
Salam.Insyaallah cikgu akan cuba download gambar gerhana matahari separa yang berlaku pada 15 Januari yang lalu.

Answer:

Nickname:

 Text color:

 Font size:
Close tags



Total topics: 17
Total posts: 40
Total users: 9
Online now (registered users): Nobody crying smiley

MASA ITU EMAS
Myspace Clocks, Video Clocks at WishAFriend.com
SALAM 1 MALAYSIA
INFO TERKINI
GAMBAR KELAS 2009




 
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free