Sekolah asal didirikan sekitar tahun 1881 oleh seorang Penghulu yang bernama Mat Yaman Bin Hj Awang Sampul dengan kerjasama orang kampong. Asal nama sekolah Kebangsaan Tanah Kebun adalah bersempena dari sebidang kebun seluas 11 ekar yang ditanam dengan tebu oleh seorang pengusaha Nasrani bernama Baba Ramayar.Jumlah murid sekitar 40 orang yang terdiri dari Bangsa Melayu dan beberapa orang dari Kaum India.
Pada zaman pemerintahan Jepun iaitu tahun 1942, pentadbiran sekolah ini telah ditadbir oleh seorang pegawai Jepun yang bernama Tokutumi.Ia dibantu oleh 2 guru melayu iaitu Hj Kamaruddin dan Hj Hamid.
Setelah tamat Perang Dunia ke 2 Sekolah Kebangsaan Tanah Kebun diambil alih semula oleh pihak Inggeris dan ditadbir olehHj Hamid Hashim dengan dibantu oleh Cikgu Man,Cikgu Mat Zain Darus , Cikgu Yusof Kassim dan Cikgu Wahab Nor.
Bangunan Sekolah Kebangsaan Tanah Kebun telah diresmikan pada tanggal 8 November 1973 oleh YB En. Mohamad bin Yaacob. Menteri Pelajaran pada masa itu.
Pada tahun 1980 jumlah murid telah meningkat kepada 328 orang dan waktu Persekolahan dijalankan secara 2 sesi iaitu pagi dan petang.Kemudahan bekalan elektrik dan air paip disalurkan.Sebuah bangunan surau didirikan hasil sumbangan Tn Hj.Abdullah bin Hj Hudi iaitu guru besar ketika itu. Bangunan ini merupakan sebuah rumah papan telah dibawa dari Changkat Jering dan didirikan di belakang bangunan 2 tingkat. Surau ini telah diwakafkan kepada Sekolah Agama Simpang Lima.
Sekitar tahun 1986,bilangan murid sekolah ini mula berkurangan akibat perpindahan penduduk ke Rancangan Tanah FELDA secara besar-besaran .Sekolah ini kembali menjadi satu sesi sahaja.
Pada tahun 2003, sebuah Makmal komputer telah dibina dan dilengkapi dengan 13 komputer dan lain-lain peralatan dan perabot.
Pada Disember 2007,sebuah bangunan baru 4 tingkat mengandungi 4 bilik darjah dan bilik-bilik khas telah didirikan. Bangunan ini dijangka siap pada bulan Jun 2009.
|