widgeo.net


widgeo.net
copyright @ admin
 

 

SEJARAH SEKOLAH

 

                 Sekolah asal didirikan sekitar tahun 1881 oleh seorang Penghulu yang bernama Mat Yaman Bin Hj Awang Sampul dengan kerjasama orang kampong. Asal nama sekolah Kebangsaan Tanah Kebun adalah bersempena dari sebidang kebun seluas 11 ekar yang ditanam dengan tebu oleh seorang pengusaha Nasrani bernama Baba Ramayar.Jumlah murid sekitar 40 orang yang terdiri dari Bangsa Melayu dan beberapa orang dari Kaum India.

                   Pada zaman pemerintahan Jepun iaitu tahun 1942, pentadbiran sekolah ini telah ditadbir oleh seorang pegawai Jepun yang bernama Tokutumi.Ia dibantu oleh 2 guru melayu iaitu Hj Kamaruddin dan Hj Hamid.

                   Setelah tamat Perang Dunia ke 2 Sekolah Kebangsaan Tanah Kebun diambil alih semula oleh pihak  Inggeris dan ditadbir olehHj Hamid Hashim dengan dibantu oleh Cikgu Man,Cikgu Mat Zain Darus , Cikgu Yusof Kassim dan Cikgu Wahab Nor.

                    Bangunan Sekolah Kebangsaan Tanah Kebun telah diresmikan pada tanggal 8 November 1973 oleh YB En. Mohamad bin Yaacob. Menteri Pelajaran pada masa itu.

                   Pada tahun 1980 jumlah murid telah meningkat kepada 328  orang dan waktu Persekolahan dijalankan secara 2 sesi iaitu pagi dan petang.Kemudahan bekalan elektrik dan air paip disalurkan.Sebuah bangunan surau didirikan hasil sumbangan Tn Hj.Abdullah bin Hj Hudi  iaitu guru besar ketika itu. Bangunan ini merupakan sebuah rumah papan telah dibawa dari Changkat Jering dan didirikan di belakang bangunan 2 tingkat. Surau ini  telah diwakafkan kepada Sekolah Agama Simpang Lima.

                   Sekitar tahun 1986,bilangan murid sekolah ini mula berkurangan akibat perpindahan penduduk ke Rancangan Tanah FELDA secara besar-besaran .Sekolah ini kembali menjadi satu sesi sahaja.

                    Pada tahun 2003, sebuah Makmal komputer telah dibina dan dilengkapi dengan 13 komputer dan lain-lain peralatan dan perabot. 

               Pada Disember 2007,sebuah bangunan baru 4 tingkat mengandungi 4 bilik darjah dan bilik-bilik khas telah didirikan. Bangunan ini dijangka siap pada bulan Jun 2009.

 

 

 

SENARAI BEKAS GURU BESAR

 

 

Bil

Nama Guru Besar

Tempoh Perkhidmatan

 1.

En. Mat Disa

1881  - 1894

 2.

En. Shafie

1894  -  1896

 3.

En. Mohd Salleh

1896  -  1912

 4.

En. Mohd Darus bin Mohd Salleh

1912  -  1923

 5.

En. Abu Samah bin Ismail

1923  -  25/5/1924

 6.

En. Md Yasin bin Amir

 25/5/1924 – 1/8/1932

 7.

En. Omar bin Abdul Ghani

1932 –  1942

 8.

En. Tokutumi (warga Jepun)

1942 -  1945

 9.

Hj Abdul Hamid bin Hashim

1945  -  1956

10.

En. Md Fakih bin Budin

13/3/1956 –15/2/1962

11.

En.Awang bin Ahmad

18/2/1962 – 2/1/1975

12.

En. Azmi bin Alang Ibrahim

3/1/1975 – 1/10/1977

13.

En.Megat Mokhtar bin Megat Tambi

3/10/1977 – 10/2/1978

14.

En. Abdullah Hudi bin Hj A. Latif

13/2/1978  -  3/11/1986

15.

En. Mohamad bin Yahya

4/11/1986  -  15/11/1987

16.

En. Abdullah bin Tahir

16/11/1987  -  26/8/1992

17.

En. Hashim bin Tuah

16/11/1992  - 16/12/1997

18.

En. Zainal Abidin bin Hashim

17/12/1997 – 9/6/2000

19.

Hj Rosli bin Juri

10/6/2000  - 2/9/2002

20.

Hj Jamaharik bin Mohamad

26/10/2002 – 1/11/2003

21.

Hjh Azimah bt Shamsuddin

30/12/2003 – 16/3/2009

22.

Pn.Hjh.Siti Eisah bt.Shakarani

16/3/2009 - Sekarang

 

 

 

 

MASA ITU EMAS
Myspace Clocks, Video Clocks at WishAFriend.com
SALAM 1 MALAYSIA
INFO TERKINI
GAMBAR KELAS 2009




 

=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=